SURVEY PRIVACY NOTICE

Thank you for considering our Survey. By participating in the Survey, you acknowledge that you have read this Survey Privacy Notice, and you expressly, voluntarily and unconditionally agree and consent to our collection, collation, processing, use, storage and disclosure of your personal information you are providing in the Survey, in accordance with the following terms:

Purpose of Survey:

This Survey is conducted by Versa Asia Sdn Bhd (201901041105) (“Versa” or “we” or “us” or “our”) alone, or in collaboration with the partner as specified in the Survey (“Partner”), as the case may be. Your responses to the Survey will help us and/or the Partner to understand you better. 

Data Collection, Purpose & Retention:

By participating in the Survey, we will collect your personal information through the responses that you voluntarily provide to the questionnaires in the Survey, which may include, amongst others, your personal information relating to your lifestyle choices, financial habits, practices  and/or your past and present mental and/or physical health. The personal information that you provide in response to the questionnaires in the Survey will be used and processed by us for the following purposes:

  1. to process and administer the Survey;  
  2. to assess your participation and your entitlement to the reward (if any) for your participation in the Survey;
  3. to carry out research, studies and/or analysis for our business and/or administrative purposes and/or to assist the Partner/other business partners to carry out their research, studies and/or analysis. 
  4. for our strategic and/or business collaboration with the Partner/other business partners;
  5. for our and/or the Partner’s/other business partners’ promotional and marketing purposes;
  6. to assist us to design and create new products and services and enhance or improve our existing products and services;
  7. and other lawful purposes directly relating to any of the above.

Your personal information will be securely stored and retained by us for as long as necessary to fulfill the purposes specified above or as required by law, after which we will destroy and/or permanently delete your personal information from the database.

Data Sharing & Disclosure:

As you may observe, the Survey is designed to be anonymous and the personal information that you provide in response to the questionnaires of the Survey may not by itself identify you (unless you voluntarily and deliberately make it identifiable). That said, please note that as you are a User of Versa’s Apps, we may be able to internally link the personal information you provide under the Survey to other information you provided to us earlier, such as your name, contact details and account information, which together does identify you or makes you identifiable vis-à-vis the information provided. 

By participating in this Survey, you voluntarily and unconditionally acknowledge and agree that where applicable, we may disclose your anonymised responses to the questionnaires of the Survey to the Partner/other business partners, whether in the form of processed data or raw data, pursuant to our strategic business collaboration with such partner(s) and other purposes as outlined above. We will keep confidential and will not disclose such other personal information you have provided to us earlier, unless you further consent to the same.

You acknowledge and agree that once your personal information from your anonymised responses to the questionnaires of the Survey is shared and disclosed with the Partner/other business partners, such personal information will be used, processed, stored, disclosure by the Partner/other business partners in accordance with their privacy notice and policy.  

Voluntary Participation

You agree and acknowledge that your participation in this Survey and your responses to the questionnaires therein are on a voluntary basis. Please note that the Survey is only intended for and limited to participation of adult Users (i.e. above 18 years old). If we learn that an under-age User (i.e. below 18 years old) has participated in the Survey, we will delete all personal information of such User from the database.  

Security Measures

Your personal information from your responses to the Survey will be processed with our existing appropriate technical and organizational measures to protect against any unauthorized or unlawful processing, accidental loss, destruction, or damage, in accordance with the Personal Data Protection Act 2010.

Your Rights of Access

Subject to the applicable laws and regulations, you may have the right to:

  1. access your personal information from your responses to the questionnaires of the Survey;
  2. request us to correct or update any such personal information relating to you which is inaccurate or delete any such personal information;
  3. withdraw your consent to our collection, processing, use, storage and disclosure. Kindly note that your withdrawal of consent may result in the services of ours or the Partner/other business partners being declined, refused, and/or rendered inaccessible, and/or the rewards for your participation in the Survey being declined or withdrawn. Kindly note that such withdrawal of consent will not affect such personal information previously disclosed and shared to the Partner/other business partners and you acknowledge that you will need to directly contact the Partner/relevant business partners for that matter; and
  4. enquire about our policies and practices in relation to your personal information.

Requests for access, correction, update, deletion, withdrawal of consent or other queries relating to your personal information should be addressed in writing to us, Versa via electronic mail at [email protected] or via post to Versa, T3-11, KPMG Tower, 8 First Avenue, Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor DE.

(In the event of any conflict or inconsistency between the English and Bahasa Malaysia versions of this Privacy Notice, the English version shall prevail to the extent of such conflict or inconsistency.)  

NOTIS PRIVASI TINJAUAN

Terima kasih kerana mempertimbangkan Tinjauan kami. Dengan mengambil bahagian dalam Tinjauan ini, anda mengakui bahawa anda telah membaca Notis Privasi Tinjauan ini, dan anda secara nyata, sukarela dan tanpa syarat bersetuju untuk memberikan persetujuan (consent) kepada pengumpulan, penyusunan, pemprosesan, penggunaan,  penyimpanan dan penzahiran maklumat peribadi anda yang anda berikan dalam Tinjauan ini, menurut terma-terma yang berikut:

Tujuan Tinjauan: 

Tinjauan ini dianjurkan oleh Versa Asia Sdn Bhd (201901041105) (“Versa” atau “kami”) secara sendiri atau dengan kerjasama dengan rakan kongsi seperti yang dinyatakan dalam Tinjauan (“Rakan Kongsi“), menurut mana-mana yang berkenaan. Maklum balas anda terhadap Tinjauan ini akan membantu kami dan/atau Rakan Kongsi untuk lebih memahami anda.

Pengumpulan Data, Tujuan & Penyimpanan: 

Dengan mengambil bahagian dalam Tinjauan ini, kami akan mengumpul maklumat peribadi anda melalui maklum balas yang anda berikan secara sukarela kepada soalan-soalan dalam Tinjauan ini, yang mungkin mengandungi, antara lain, maklumat peribadi anda berkaitan dengan tabiat dan amalan kewangan anda dan/atau kesihatan mental dan/atau fizikal anda yang dahulu dan sekarang.

Maklumat peribadi yang anda berikan melalui jawapan kepada soalan-soalan dalam Tinjauan ini akan digunakan dan diproses oleh kami untuk tujuan-tujuan seperti berikut:

  1. untuk memproses dan mentadbir Tinjauan ini; 
  2. untuk menilai penyertaan anda dan kelayakan anda untuk ganjaran (jika ada) bagi penyertaan anda dalam Tinjauan ini; 
  3. untuk menjalankan penyelidikan, kajian dan/atau analisis bagi tujuan perniagaan dan/atau pentadbiran kami dan/atau membantu Rakan Kongsi/rakan-rakan niaga kami yang lain menjalankan penyelidikan, kajian dan/atau analisis mereka; 
  4. untuk kolaborasi strategik dan/atau kolaborasi perniagaan kami dengan Rakan Kongsi/rakan-rakan niaga kami yang lain; 
  5. untuk tujuan promosi dan pemasaran kami dan/atau Rakan Kongsi/rakan-rakan niaga kami yang lain; 
  6. membantu kami merangka dan mencipta produk dan perkhidmatan baru serta menambah baik produk dan perkhidmatan sedia ada kami; 
  7. dan tujuan-tujuan sah lain yang berkaitan secara langsung dengan mana-mana di atas.

Maklumat peribadi anda akan disimpan dengan selamat dan disimpan oleh kami selama yang perlu untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan di atas atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, dimana setelah itu kami akan memusnahkan dan/atau memadamkan maklumat peribadi anda secara kekal daripada pangkalan data.

Perkongsian & Penzahiran Data: 

Seperti yang anda mungkin perhatikan, Tinjauan ini direka secara tanpa nama (anonymous) dan maklumat peribadi yang anda berikan dalam menjawab soalan-soalan Tinjauan mungkin tidak dengan sendirinya mengenal pasti anda secara langsung (kecuali anda dengan sukarela dan secara sengaja menjadikannya boleh dikenal pasti). Namun, perlu diingatkan bahawa sebagai Pengguna Aplikasi Versa, secara dalaman kami mungkin dapat menghubungkan maklumat peribadi yang anda berikan dalam Tinjauan dengan maklumat lain yang anda telah berikan kepada kami sebelum ini, seperti nama, butiran hubungan dan maklumat akaun anda, yang secara bersama mengenal pasti anda atau menjadikan anda boleh dikenal pasti, vis-à-vis maklumat yang diberikan.

Dengan mengambil bahagian dalam Tinjauan ini, anda secara sukarela dan tanpa syarat mengakui dan bersetuju bahawa di mana terpakai, kami boleh menzahirkan maklum balas tanpa nama anda kepada soalan-soalan Tinjauan ini kepada Rakan Kongsi/rakan-rakan niaga kami yang lain, sama ada dalam bentuk data yang telah diproses atau data mentah, menurut kolaborasi perniagaan strategik kami dengan rakan-rakan kongsi tersebut dan bagi tujuan lain seperti yang dinyatakan di atas. Walau bagaimanapun, kami akan menyimpan dengan sulit dan tidak akan menzahirkan maklumat peribadi lain yang anda berikan kepada kami sebelum ini, melainkan anda memberi kebenaran lanjut.

Anda mengakui dan bersetuju bahawa sebaik sahaja maklumat peribadi anda daripada maklum balas tanpa nama anda kepada Tinjauan ini dikongsi dan dizahirkan kepada Rakan Kongsi/rakan-rakan niaga kami yang lain, maklumat peribadi tersebut akan digunakan, diproses, disimpan, dizahirkan oleh Rakan Kongsi/rakan-rakan niaga kami yang lain mengikuti privasi notis dan polisi mereka.

Penyertaan Sukarela:

Anda mengakui dan bersetuju bahawa penyertaan anda dalam Tinjauan ini dan maklum balas yang anda berikan kepada soalan-soalan di dalamnya adalah secara sukarela. Sila maklum bahawa Tinjauan ini hanya bertujuan untuk dan terhad kepada penyertaan Pengguna-Pengguna dewasa (iaitu 18 tahun ke atas). Jika kami mengetahui bahawa Pengguna bawah umur (iaitu di bawah 18 tahun) telah mengambil bahagian dalam Tinjauan, kami akan memadamkan semua maklumat peribadi Pengguna tersebut daripada pangkalan data.

Langkah Keselamatan:

Maklumat peribadi anda daripada maklum balas anda kepada Tinjauan ini akan diproses dengan langkah-langkah teknikal dan organisasi yang sesuai untuk melindungi daripada sebarang pemprosesan tanpa kebenaran atau menyalahi undang-undang, kehilangan tidak sengaja, pemusnahan, atau kerosakan, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Hak Anda untuk Akses:

Tertakluk kepada undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan, anda mungkin berhak untuk: 

  1. mengakses maklumat peribadi anda daripada maklum balas anda kepada soalan-soalan Tinjauan ini;
  2. meminta kami membetulkan atau mengemas kini maklumat peribadi tersebut yang berkenaan dengan anda yang tidak tepat atau memadamkan maklumat peribadi tersebut; 
  3. menarik balik kebenaran anda untuk pengumpulan, pemprosesan, penggunaan, penyimpanan dan penzahiran. Sila maklum bahawa penarikan balik kebenaran anda mungkin menyebabkan perkhidmatan kami atau perkhidmatan Rakan Kongsi/rakan-rakan niaga kami yang lain ditolak dan/atau dijadikan tidak boleh diakses dan/atau ganjaran untuk penyertaan anda dalam Tinjauan ini ditolak atau ditarik balik; Sila ambil perhatian bahawa penarikan balik kebenaran tersebut tidak akan menjejaskan maklumat peribadi yang dizahirkan dan dikongsi sebelum ini kepada Rakan Kongsi/rakan-rakan niaga lain dan anda mengakui bahawa anda perlu menghubungi Rakan Kongsi/rakan-rakan niaga berkenaan secara terus mengenai perkara tersebut; dan
  4. bertanya mengenai dasar dan amalan kami berkenaan dengan maklumat peribadi anda.

Sebarang permintaan untuk akses, pembetulan, kemaskini, pemadaman, penarikan balik kebenaran atau pertanyaan lain berkaitan dengan maklumat peribadi anda hendaklah dialamatkan secara bertulis kepada kami, Versa melalui e-mel di [email protected] atau melalui pos ke Versa, T3-11, KPMG Tower, 8 First Avenue, Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor DE.

(Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia bagi Notis Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan setakat percanggahan tersebut)r via post to Versa, T3-11, KPMG Tower, 8 First Avenue, Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor DE.