Sign-Up & Earn Privacy Notice
By ticking the “AGREE” button, you hereby expressly, voluntarily and unconditionally agree to the following:
1. You hereby expressly and voluntarily authorise and give consent to Versa Asia Sdn Bhd (“Versa”) to collect, process, disclose, share, and transfer your personal data as specified in the notification prompt (“Personal Data”) in such manner which allows Versa to deliver personalized marketing and advertising experience tailored to your preferences.
2. You hereby expressly consent and authorise Versa to process, disclose, share, and transfer your Personal Data to Versa’s business partners or affiliates including potential future partners or affiliates whose business operations may align with your interests (“Versa’s Business Partners or Affiliates”). You further acknowledge and authorise Versa to receive economic benefits (if any) from Versa’s Business Partners or Affiliates in the disclosing, sharing and transfer your Personal Data;
3. You hereby further expressly and voluntarily agree that once your Personal Data is shared with Versa’s Business Partners or Affiliates, you consent to the Privacy Policy of Versa’s Business Partners or Affiliates and that your Personal Data will be collected, used, processed, stored, disclosed or otherwise treated in accordance with their Privacy Policy;
4. You hereby further expressly and voluntarily acknowledge and agree that once your Personal Data is shared with Versa’s Business Partners or Affiliates, your Personal Data will be subjected to the sole and full control by Versa’s Business Partners or Affiliates in terms of its collection, use, processing, storing, disclosure (including but not limited to sending or sharing you marketing, advertising or promotional messages/information via various modes including electronic mail, direct mailers, short message service, social media, telephone calls or other mobile messaging services). You are required to directly contact Versa’s Business Partners or Affiliates for any matters in relation to Versa’s Business Partners or Affiliates’ collection, use, processing, storing, disclosure of your Personal Data. You may reach out to the contact details specified in Versa’s general Privacy Notice should you require clarification on the associated Versa’s Business Partners or Affiliates to your account;
5. You further expressly and voluntarily agree and consent that your Personal Data may be transferred to a place outside Malaysia subject to the Versa’s Business Partners or Affiliates’ Privacy Policy;
6. You further expressly and voluntarily agree and consent that Versa is released from all obligations and responsibilities under the applicable laws towards your Personal Data which has been disclosed to or shared with Versa’s Business Partners or Affiliates; and
7. You further expressly acknowledge that you may withdraw your consent to the continued disclosure or sharing of your Personal Data at any time by submitting your written request to Versa via the contact details specified in Versa’s general Privacy Notice. However, your withdrawal of the consent may result in services by Versa and/or Versa’s Business Partners or Affiliates’ being declined, refused, or rendered inaccessible. Your withdrawal of consent may also result in the cancellation, withdrawal or recall of certain services and/or additional benefits earlier provided to you by Versa. Kindly note that such withdrawal of consent will not affect the Personal Data previously disclosed and shared to Versa’s Business Partners or Affiliates’ and you will need to separately contact the Versa’s Business Partners or Affiliates’ for the said withdrawal.
(In the event of any conflict or inconsistency between the English and Bahasa Malaysia versions of this Privacy Notice, the English version shall prevail to the extent of such conflict or inconsistency.)
Notis Privasi “Daftar & Dapat (Sign Up & Earn)”
Dengan menandakan butang “SETUJU”, anda dengan ini secara nyata, sukarela, dan tanpa syarat bersetuju dengan perkara-perkara berikut:
1. Anda dengan ini secara nyata dan sukarela memberi kebenaran dan persetujuan kepada Versa Asia Sdn Bhd (“Versa”) untuk mengumpul, memproseskan, menzahirkan, berkongsi, dan memindahkan data peribadi anda sebagaimana yang dinyatakan dalam notifikasi (“Data Peribadi”) dalam cara sedemikian yang mana membenarkan Versa untuk memberi pengalaman pemasaran dan pengiklanan mengikut keutamaan anda.
2. Anda dengan ini secara nyata bersetuju dan memberi kebenaran kepada Versa untuk memproses, menzahirkan, berkongsi dan memindahkan Data Peribadi anda kepada rakan niaga atau ahli gabungan (affiliates) Versa termasuk rakan niaga atau ahli gabungan pada masa akan datang yang mana operasi perniagaannya adalah selari dengan minat anda (“Rakan Niaga atau Ahli Gabungan Versa”). Anda juga mengakui dan memberi kebenaran kepada Versa untuk menerima manfaat ekonomi (jika ada) daripada Rakan Niaga atau Ahli Gabungan Versa melalui penzahiran, perkongsian, dan pemindahan Data Peribadi anda;
3. Anda dengan ini selanjutnya secara nyata dan sukarela bersetuju dan memberi persetujuan bahawa sebaik sahaja Data Peribadi anda dikongsi dengan Rakan Niaga atau Ahli Gabungan Versa, anda bersetuju terhadap Polisi Privasi Rakan Niaga atau Ahli Gabungan Versa dan bahawa Data Peribadi anda akan dikumpul, digunakan, diproses, disimpan, dizahirkan atau selainnya diperlakukan mengikuti Polisi Privasi mereka;
4. Anda dengan ini selanjutnya secara nyata dan sukarela mengakui dan bersetuju bahawa sebaik sahaja Data Peribadi anda dikongsi dengan Rakan Niaga atau Ahli Gabungan Versa, Data Peribadi anda akan tertakluk kepada kawalan penuh oleh Rakan Niaga atau Ahli Gabungan Versa dari segi pengumpulannya, penggunaannya, pemprosesannya, penyimpanannya, penzahirannya (termasuk tetapi tidak terhad kepada penghantaran atau perkongsian dengan anda maklumat/infomasi pemasaran, pengiklanan atau promosi melalui pelbagai cara seperti mel elektronik, mel terus/lansung, perkhidmatan pesanan ringkas, media sosial, panggilan telefon atau perkhidmatan pesanan mudah alih lain). Anda dikehendaki menghubungi terus Rakan Niaga atau Ahli Gabungan Versa untuk sebarang perkara berkaitan dengan pengumpulan, penggunaan, pemprosesan, penyimpanan, atau penzahiran Data Peribadi anda oleh Rakan Niaga atau Ahli Gabungan Versa. Anda boleh menghubungi butiran hubungan yang dinyatakan dalam Notis Privasi umum Versa sekiranya anda memerlukan pengesahan berhubung Rakan Niaga atau Ahli Gabungan Versa yang berkaitan dengan akaun anda ;
5. Anda selanjutnya secara nyata dan sukarela bersetuju dan memberi persetujuan bahawa Data Peribadi anda boleh dipindahkan ke lokasi di luar Malaysia tertakluk kepada Polisi Privasi Rakan Niaga atau Ahli Gabungan Versa;
6. Anda selanjutnya secara nyata dan sukarela bersetuju dan memberi persetujuan bahawa Versa dilepaskan daripada semua kewajipan dan tanggungjawab di bawah undang-undang yang berkenaan terhadap Data Peribadi anda yang telah dizahirkan kepada atau dikongsi dengan Rakan Niaga atau Ahli Gabungan Versa; dan
7. Anda selanjutnya secara nyata mengakui bahawa anda boleh menarik balik persetujuan anda terhadap penzahiran atau perkongsian Data Peribadi anda pada bila-bila masa dengan menghantar permintaan bertulis kepada Versa melalui butiran hubungan yang dinyatakan dalam Notis Privasi umum Versa. Walau bagaimanapun, penarikan balik persetujuan anda mungkin menyebabkan perkhidmatan oleh Versa dan/atau Rakan Niaga atau Ahli Gabungan Versa ditolak, atau dijadikan tidak dapat diakses. Penarikan balik persetujuan anda boleh menyebabkan pembatalan atau penarikan balik perkhidmatan tertentu dan/atau faedah tambahan yang telah diberikan kepada anda oleh Versa. Sila ambil perhatian bahawa penarikan balik persetujuan tersebut tidak akan menjejaskan Data Peribadi yang telah dizahirkan dan dikongsi kepada Rakan Niaga atau Ahli Gabungan Versa, dan anda perlu menghubungi secara berasingan Rakan Niaga atau Ahli Gabungan Versa bagi penarikan balik tersebut.
(Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia bagi Notis Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan setakat percanggahan tersebut.)